HALAMAN UTAMA
MACAM-MACAM ADA
PAUTAN
MP3 SURAH AL-QURAN
MP3 HIMPUNAN DOA

Hmmm

MACAM-MACAM ADA

.................................................................................

Growing

24 November 2010

IBADAH KORBAN (Hukum Korban)

Korban hukumnya sunat dalam mazhab Syafie bagi orang berada atau miskin. Wajib dalam mazhab Hanafi bagi orang berada, sunat bagi orang miskin. Akikah hukumnya sunat dalam semua mazhab.

.................................................................................

27 September 2010

PUASA 6 HARI DI BULAN SYAWAL

Salah satu dari pintu-pintu kebaikan adalah melakukan puasa-puasa sunnah. Sebagaimana yang disabdakan Rasulullah S.A.W“Maukah aku tunjukkan padamu pintu-pintu kebaikan?; Puasa adalah perisai, …” (Hadis hasan shohih, riwayat Tirmidzi). Puasa dalam hadis ini merupakan perisai bagi seorang muslim baik di dunia mahupun di akhirat. Di dunia, puasa adalah perisai dari perbuatan-perbuatan maksiat, sedangkan di akhirat nanti adalah perisai dari api neraka. Dalam sebuah hadits Qudsi disebutkan, “Dan sentiasa hamba-Ku mendekatkan diri kepadaKu dengan amalan-amalan sunnah sehingga Aku mencintainya.” (HR. Bukhori: 6502)

.................................................................................

20 Ogos 2010

PERISTIWA PENTING 10 RAMADHAN

ISLAM MEMBUKA KOTA MEKAH

Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-6 Hijrah. Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiah yang termeterai dengan orang islam. Antara kandungan perjanjian ini menyebut, setiap suku Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Muhammad ataupun sekutu Quraisy. Kedua-dua pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu pihak lain berperang. Malangnya, dalam suku-suku Arab yang bersekutu itu, ada golongan yang bertelagah iaitu Bani bakar dan Khuza’ah. bani Bakar bersekutu dengan Quraisy Mekah manakala Khuza’ah memilih bersekutu dengan Nabi Muhammad. Pada satu malam, Bani Bakar dengan pertolongan Quraisy Mekah menyerang perkampungan suku Khuza’ah di lembah Watir. Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad, beliau mengerahkan ratusan ribu umat Islam marake Mekah tanpa pengetahuan penduduk musyrikin Mekah. Beliau menolak sebarang rundingan dengan pihak Quraisy sehingga kemaraan umat Islam hanya diketahui apabila hampir memasuki Kota Mekah. Penduduk musyrikin menjadi jumlah yang kecil tanpa sebarang persiapan hanya bersembunyi di bukit, rumah ibadat dan rumah Abu Sufian. Akhirnya Abu Sufian memeluk Islam dan umat Islam memasuki kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah. Peristiwa ini menggambarkan pertolongan Allah kepada hamba-hamba yang ikhlas kepadaNya. Allah menyebut dalam Al Quran Surah Al Fath ayat 1: 
"Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata". 
Sebahagian pakar tafsir Al Quran memberi maksud ‘kemenangan’ dengan kemenangan bermaksud pembukaan Kota Mekah.

PERISTIWA PERJALANAN NABI MUHAMMAD SAW KE TABUK

Apabila pengaruh Nabi Muhammad SAW tersebar ke pelosok Semenanjung Tanah Arab, ia memberikan tamparan hebat kepada Rom yang menjadi kuasa besar pada masa itu. Lantas Herkules, Maharaja Rom Timur (Bizantin) memutuskan bagi menyekat pengaruh umat Islam dengan utara Tanah Arab. Apabila berita itu samapai ke pengetahuan Nabi Muhammad SAW, beliau mengarahkan umat Islam berkumpul bagi menghadapi Rom dan mengutip zakat. Pada masa itu tanah Arab dilanda panas dan kesusahan. Iman umat islam ketika itu benar-benar teruji. namun, mereka tetap taat kepada perintah Nabi Muhammad. Beliau sendiri memimpin tentera seramai 30,000 anggota ke utara Madinah. Apabila tentera Islam tiba di Tabuk, tentera Rom tidak berada di situ. Sebaliknya Rom menarik diri apabila mengetahui kemaraan tentera Nabi Muhammad SAW yang ramai. Tentera Islam terus mengasak Rom sehingga termeterai perjanjian antara Islam dan Rom. Sebagai persetujuan, Rom tunduk dan bernaung di bawah pemerintahan Nabi Muhammad SAW dan dikenakan cukai sebanyak 3,000 dinar setiap tahun.

.................................................................................

10 Februari 2010

20 PERISTIWA PENTING MUHARAM

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.

.................................................................................

26 Januari 2010

Bulan Muharam

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.


Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

.................................................................................

16 Januari 2010

Peristiwa Penting Dalam Muharam

  • 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
  • 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

.................................................................................

16 September 2009

Tempoh Haram Puasa

Tempoh haram puasa adalah tempoh masa apabila orang-orang Islam dilarang berpuasa. Hikmahnya adalah ketika semua orang bergembira, seseorang itu perlu turut bersama meraikannya.

  • Berpuasa pada Hari Raya Aidilfitri (1 Syawal)
  • Berpuasa pada Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijjah)
  • Berpuasa pada hari-hari Tasyrik (11, 12, dan 13 Zulhijjah)
  • Berpuasa pada Hari Syak iaitu hari ke 30 Sya'ban (melainkan mereka yang telah melihat anak bulan)

.................................................................................

6 September 2009

Sejarah Ramadhan

  • Ramadhan ertinya panas terik
  • Bulan diturunkan Al-Quran (Syahru Ramadhana)
  • Terjadinya perang Badar dan tentera Islam mendapat kemenangan
  • Bulan Ramadhan adalah bulan Nabi Muhammad S.A.W mengambil alih Mekah dan berakhirnya penyembahan berhala
  • Di dalam bulan Ramadhan adanya malam Lailatul Qadar (malam yang lebih baik dari 1000 bulan)
  • Bulan yang dipilih untuk ibadah puasa
  • Bulan yang dipilih untuk ibadat-ibadat lain seperti Tadarus Al-Quran

.................................................................................

27 Ogos 2009

Kelebihan Bulan Ramadhan

Berikut beberapa hadith yang menceritakan fadhilat bulan Ramadhan untuk kita hayati bersama dan mendapat keberkatannya :

1. Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

  "Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."

Hadis riwayath  Bukhari, Muslim& Nasaaei.

2. Dan daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

  "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu."

Hadith riwayat oleh Nasai'e, Ibn Majah dan Baihaqi

3. Dan Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang artinya :

  "Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya  dosanya yang telah lalu."

Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai'e dan Baihaqi

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

  "Solat yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar).

Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah."

Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi

5. Daripada Abi Solih Az-Zaiyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

  "Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untuk Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri isterinya pada hari itu dan tidak meninggikan suara.

Sekiranya dia dihina atau diajak berkelahi maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad saw didalam kudratNya maka bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. "

Hadis riwayat imam Bukhari& Muslim.

.................................................................................

22 Ogos 2009

Bulan Ramadhan

Ramadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda baginda yang bermaksud " Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan."

Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"

Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda

Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu

Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari api neraka

Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat sunat yang lain.

Benyakkan berdoa, berzikirz selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan lain-lain

Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan.

Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa.

Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf di masjid, qiamullail dan sebagainya

.................................................................................

28 Julai 2009

Kewafatan Saidina Abu Bakar As-Siddiq

Saidina Abu Bakar wafat pada 23 Ogos 634 di Madinah iaitu dua tahun selepas menjadi khalifah. Ada dua pendapat mengenai sebab kematian Saidina Abu Bakar. Ada yang mengatakan disebabkan keracunan dan ada pula yang mengatakan Saidina Abu Bakar meninggal dunia secara biasa. Sebelum kewafatannya, Saidina Abu Bakar mencadangkan masyarakat menerima Saidina Umar Al-Khattab sebagai khalifah yang akan menggantikan beliau.

Saidina Abu Bakar dikebumikan di sebelah makam Nabi Muhammad S.A.W di Masjid An-Nabawi yang terletak di Madinah.

.................................................................................

24 Julai 2009

Pengumpulan Al-Quran (Abu Bakar As-Siddiq)

Menurut ahli sejarah Islam, selepas siri Peperangan Islam - Riddah ramai orang yang mahir menghafaz Al-Quran syahid. Saidina Umar Al-Khattab (khalifah yang berikutnya) meminta Saidina Abu Bakar untuk mula menjalankan aktviti pengumpulan semula ayat-ayat Al-Quran. Saidina Uthman bin Affan kemudiannya melengkapkan aktiviti pengumpulan al-Quran semasa beliau menjadi khalifah.

.................................................................................

21 Julai 2009

Ekspedisi Ke Utara (Abu Bakar As-Siddiq)

Selepas berjaya mengurangkan golongan riddah, Saidina Abu Bakar mula menghantar panglima-panglima perang Islam ke utara untuk memerangi Byzantine (Rom Timur) dan Empayar Parsi. Khalid Al-Walid berjaya menawan Iraq dalam hanya satu kempen ketenteraan. Beliau juga menempuh kejayaan dalam beberapa ekspedisi ke Syria. Menurut seorang orientalis Barat, kempen Saidina Abu Bakar hanyalah sebuah lanjutan daripada Perang Riddah. Hal ini jelas salah memandangkan kebanyakan golongan riddah terletak di selatan Semenanjung Arab dan bukannya di utara.

.................................................................................

3 Julai 2009

Peperangan Islam-Riddah (Abu Bakar As-Siddiq)

Masalah mula timbul apabila Saidina Abu Bakar dilantik menjadi Khalifah. Masalah ini mengugat kestabilan dan keamanan kerajaan Islam. Banyak puak-puak Arab memberontak dan menentang khalifah. Sesetengah daripada mereka enggan membayar zakat manakala ada pula yang kembali kepada menyembah berhala dan mengikut tradisi lama mereka. Puak-puak ini mendakwa bahawa mereka hanya menurut perintah Rasulullah s.a.w. dan memandangkan Rasulullah s.a.w. telah wafat maka mereka tidak perlu lagi mengikut ajaran Islam dan mereka telah bebas.

Saidina Abu Bakar menegaskan bahawa mereka bukan sahaja menyatakan taat sembah kepada seorang pemimpin malah mereka kini tergolong dalam golongan Muslim. Ada diantara mereka mendakwa bahawa mereka ialah nabi dan rasul. Bagi menumpaskan penghinaan dan perbuatan murtad ini maka Saidina Abu Bakar melancarkan perang terhadap golongan yang digelar golongan Riddah. Hal ini merupakan permulaan siri Peperangan Islam-riddah. Antara orang yang mengaku menjadi nabi ialah Musailamah al-Kazzab. Khalid Al-Walid berjaya menumpaskan Musailimah dalam suatu pertempuran.

.................................................................................

1 Julai 2009

Kehidupan Awal (Abu Bakar As-Siddiq)

Saidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan sahabat Rasulullah S.A.W yang paling rapat sekali. Semasa Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah dari Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi, hanya beliau seorang yang mengikuti Rasulullah s.a.w. tanpa ditemani oleh orang lain. Rasulullah S.A.W mengahwini anak perempuan beliau iaitu Saidatina Aishah tidak lama selepas penghijrahan ke Madinah berlaku. Beliau adalah sorang hartawan dan dikenang kerana jasanya membebaskan beberapa hamba yang beragama Islam daripada tuan mereka yang kafir termasuklah Bilal Bin Rabah. Beliau juga merupakan salah seorang Muslim yang terawal sekali memeluk Islam. Beliau seorang yang jujur, berbudi pekerti, adil, tegas dan memiliki sifat yang terpuji. Dilahirkan 2 tahun selepas kelahiran Rasulullah S.A.W.

.................................................................................

28 Jun 2009

Khalifah Islam Pertama (Abu Bakar As-Siddiq)

Semasa Rasulullah S.A.W sedang sakit tenat, baginda mengarahkan supaya Saidina Abu Bakar mengimamkan solat orang Islam. Selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W, sebuah majlis yang dihadiri oleh golongan Ansar dan Muhajirin ditubuhkan untuk melantik seorang khalifah bagi memimpin umat Islam. Hasil daripada perjumpaan itu, Saidina Abu Bakar dilantik dan menjadi khalifah pertama umat Islam.

Perlantikan Saidina Abu Bakar mendapat tentangan daripada beberapa orang yang ingin melantik Saidina Ali Abi Talib sebagai khalifah kerana Saidina Ali merupakan menantu dan sepupu Rasulullah s.a.w. Golongan Syiah yang merupakan golongan daripada keluarga Bani Hashim menentang perlantikan Saidina Abu Bakar. Tentangan itu tamat selepas Saidina Ali Abi Talib membaihkan Saidina Abu Bakar.

.................................................................................

24 Jun 2009

Siapa Abu Bakar As-Siddiq

Abu Bakar as-Siddiq (b. Arab أبو بكر الصديق Abū Bakr al-Siddīq) ialah khalifah pertama orang Muslim dari tahun 632-634. Beliau pada awalnya digelar Abdul Kaabah (hamba Kaabah) tetapi selepas pengislamannya, beliau menukar namanya kepada Abdullah. Namun beliau selalu digelar Abu Bakar (daripada perkataan Arab Bakar yang bermaksud unta muda) kerana beliau amat gemar membiak unta. Beliau amat terkenal dengan gelaran As-Siddiq (yang membenarkan). Nama sebenar beliau ialah Abdullah ibni Abi Qahafah.

.................................................................................

16 Jun 2009

Negara Haram Israel Tidak Akan Berkekalan

Sejarah telah membuktikan bahawa kaum Yahudi merupakan kaum yang sentiasa ditindas dan ditekan. Peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang zaman semenjak dari zaman Nabi Allah SWT Musa a.s. sehinggalah zaman mereka berada di Palestin selepas itu sentiasa menyaksikan pembunuhan kaum Yahudi secara beramai-ramai oleh musuh-musuh mereka.

Melalui peristiwa-peristiwa yang berlaku itu, kita selaku umat Islam yakin bahawa kependudukan mereka secara haram di negara Palestin akan berakhir tidak lama lagi.

Mereka akan dihalau keluar dari negara itu sama sepertimana datuk nenek mereka dipaksa keluar dari negara itu. Perkara ini telah dijanjikan oleh Allah SWT menerusi banyak ayat al-Quran, contohnya dalam surah Al-A'raf ayat 167 yang bermaksud:

"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Ia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."

.................................................................................

19 Mei 2009

Sejarah Penemuan Tapak Kaki

  • 2009 - Tapak kaki manusia 1.5 juta tahun di Kenya
  • 2008 - Tapak kaki haiwan 570 juta tahun dipercayai tertua di dunia, di Nevada, Amerika Syarikat.
  • 2007 - Tapak kaki manusia 2 juta tahun di gurun di barat Mesir
  • 1978 - Tapak kaki 3.7 juta tahun ditemui di Tanzania

.................................................................................

24 April 2009

Inilah Tujuannya

im000717.jpg

im000695.jpg

im000707.jpg

.................................................................................

17 April 2009

Bukan Tujuan Utama

im000672.jpg

im000673.jpg

   Gambar kat atas ni diambil kat Bedong, Kedah. Kat umah Tok Chik aku. Mak Sedara sepupu aku kawin. Tapi ini bukan tujuan utama aku pegi sana. Tapi ada tujuan yang lebih besar dari makan kenduri.
   Nanti aku ceritakan kenapa aku and family pegi ke Kedah. Aku upload sekali gmabrnya...

.................................................................................

21 Mac 2009

Pi Kedah Ka?

im000658.jpg

im000660.jpg

   Gambar kat atas ni diambil pada 15 Mac 2009 sewaktu aku pegi Kedah. Gambar pertama tu gambar ori la... Bukan edit punya. Gambar matahari terbit berhampiran dengan Gunung Jerai.
   Gambar kedua pulak gambar rumah arwah moyang aku. Sekarang ni, tok sedara aku sorang je yang dok kat situ.. Umah besar, tapi dok sorang.. Kampung tu dekat dengan Gunung Jerai dan dikelilingi dengan sawah padi. Memang marvelous (betul ke eja ni?). Lepas ni, aku cite pulak kenapa pegi Kedah, k...

.................................................................................

12 Mac 2009

Tak Tau La..

   Aku betul-betul dah pening nak jalankan plan yang aku dah bincangkan dengan budak-budak PRS ni.. Banyak betul halangannya.. Aku rasa macam tak boleh nak terusklan je program 21 Mac ni. Aku pun ada kursus pada hari tersebut.
   Apa yang aku harapkan dari AJK PRS ni pun, macam harapan tinggal harapan je. Tak nampak sangat lagi yang diorang ni boleh bagi komitmen atau tak untuk jayakan program yang dirancang.
   Ape-ape pun, tunggu la......

.................................................................................

28 Februari 2009

Aku Punya Plan

   Awal sem baru ni aku telah dilantik sebagai Penasihat Kelab PRS, Kolej PSDC. Tapi tah la, mampu tak aku pikul tanggungjawab ni dengan sebaiknya... Aku memang takkan boleh jadikan Kelab PRS ni grand macam yang Pak Engku buat dulu. Tapi aku akan cuba.
   Aku plan macam-macam untuk Kelab PRS semester ni, tapi dengan dana yang aku ada, aku tak jamin semua plan tu boleh jalan... Aku takde dana. Nak-nak pulak dengan kerjasama dar pihak ... tersangatlah menyukarkan kerja aku...
   Ok la. Setakat ni dulu la...

.................................................................................

25 Januari 2009

SELAMATKAN GAZA

   "Hukum syar'ei yang disarankan syariat islamiah melalui pelbagai mazhab dalam keadaan sekarang (serangan rejim zioni ke atas Gaza) adalah wajib keatas umat Islam bergabung dengan rakyat Palestin di Gaza yang dicerobohi seandainya bangsa tersebut tidak mampu melawan pencerobohan tersebut bersendirian. Umat Islam adalah umat yang satu... Islam mewajibkan berperang semata-mata membantu golongan yang lemah."
Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi

.................................................................................

20 Disember 2008

HARI KELUARGA PSDC 2008

pict0022.jpg

pict0021.jpg

   Hari Keluarga PSDC 2008 berlansung di Tiara Beach Resort, Port Dickson pada 24-25 Oktober 2008. Melibatkan semua staf PSDC, tidak kira la apa pun taraf jawatan..
   Gambar kat atas adalah sekitar sukeneka yang diadakan pada pagi hari kedua hari keluarga tersebut.

.................................................................................

10 Disember 2008

SAMBUTAN HARI RAYA PSDC 2008

pict0086.jpg

pict0087.jpg

Sekitar Majlis Sambutan Hari Raya PSDC 2008. Jemputan untuk majlis ini adalah semua staf PSDC, pelajar PSDC, pelajar Kolej PSDC dan bekas pelajar PSDC.

.................................................................................

2 Disember 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

pict0052.jpg

pict0051.jpg

pict0050.jpg

  Gambar-gambar kat atas ni semua diambil pada hari raya pertama (1 Oktober 2008). Pada hari tersebut, kami sekeluarga kecuali angah pergi beraya di kampung iaitu Bukit Goh dan Kampung Padang.
  Dalam gambar kat atas ni ada gambar Aki, Tok, Abah, Mama, Balqis dan Adik. Angah tak balik Aidilfitri kali ni, sebab kene keje. Aku jela setiap kali raya, boleh balik. Hehehe...

.................................................................................

1 Disember 2008

Aidilfiri Tahun 2008

pict0064.jpg

pict0067.jpg

  Bukan rumah terbuka.. Tetapi hanya menyambut kedatangan tetamu berhari raya.. Ramai jugak yang datang. Keluarga belah abah dan mama..

.................................................................................

24 November 2008

Majlis Khatam Quran Peringkat PSDC 2008

khatam.jpg

khatam2.jpg

   Program ini telah dianjurkan oleh Biro Bina Insan, Kelab Staf PSDC. Program ini telah dianjurkan pada setiap tahun dan disertai oleh semua staf PSDC secara langsung atau tidak lansung.
   Majlis yang diadakan adalah sebagai penutup kepada program yang telah dijalankan hampir sebulan di bulan Ramadhan al-Mubarak. Majlis diadakan pada 26 September 2008 bertempat di Surau Al-Falah, Kolej PSDC pada jam 8.15 pagi.
   Hampir semua staf PSDC menghadiri majlis tersebut yang telah dianjurkan dengan jayanya.

.................................................................................

18 November 2008

Berbuka Puasa Bersama Mentee

bukapose2.jpg

bukapose.jpg

  Gambar kat atas ni diambil pada bulan September 2008. Aku pun tak ingat dah tarikhnya.. Masa tu dalam bulan puasa lagi. Aku pegi berbuka puasa dengan mentee aku intake Julai 2008. Majlis ni berlangsung di Restoran Ana Ikan Bakar, Tanjung Lumpur, Kuantan.
  Hanya seorang yang tak hadir masa tu. Mungkin dia ada hal kot.. Ada Bean (Ipin), Malek, Epi, Norman, Amani, Ema, Ana, Ina, Wan dan Ainmi. Aku paling hepi sebab tiga orang Chinese yang jugak mentee aku ni, semua sporting. Iaitu Cheah, Vincent dan Jin. Sanggup datang meraikan kami yang puasa. Boleh hepi-hepi jugak bersama kami...
   Selepas makan-makan, aku terus balik.. Diorang jalan-jalan dulu..

.................................................................................

29 Oktober 2008

Birthday Ayu

   Ini adalah kek Birthday Ayu atau nama sebenarnya adalah Sharifah Noraini. Dah makin bertambah dah umur. Ayu ni student aku, dari sijil sampai la sekarang ni dah ambik diploma.
   Selain aku, pensyarah lain iaitu Cik Ct pun ada. Kawan-kawan rumah ayu pun ada jugak iaitu Wani, Has, Maryam, Asma, Wan & pasangan, Katie & pasangan dan 2 orang pelajar Poli (aku dah lupa nama diorang).
  Lupa pulak nak bagitau tarikh, 12 September 2008. Bertempat di Teluk Cempedak, Kuantan. Majlis pada waktu berbuka puasa. Maklum la dalam bulan puasa...

besday.jpg

besday3.jpg

.................................................................................

28 Oktober 2008

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat PSDC 2008

merdekapsdc.jpg

   Program ini telah berlansung pada 19 Ogos 2008 bertempat di Dewan Besar PSDC. Penceramah jemputan pada majlis tersebut adalah Datin Paduka Sharifah Mazlina (Penjelajah Kutub Negara).
   Encik Khairul Anuar adalah sebagai Pengerusi Majlis untuk program tersebut. Program tersebut dihadiri oleh para pelajar PSDC dan juga Kolej PSDC. Turut serta Pengarah Eksekutif PSDC, Pengarah-pengarah Bahagian dan staf-staf PSDC.

.................................................................................

26 September 2008

Program Q-Explorace

mpc1.jpg

Nama Program : Program Q-Explorace
Tarikh : 16 Ogos 2008
Tempat : Padang Majlis Daerah Pekan, Pahang
Masa : 8.00 pagi
Anjuran : MPC
Peserta : Staf dan Pelajar Kolej PSDC

.................................................................................

Growing

25 September 2008

Kejohanan Badminton Antara Rumah Sukan PSDC 2008

badminton.jpg

Kejohanan ini telah berlangsung pada 14 Jun 2008. Bertempat di Dewan Besar PSDC. Kesemua perlawanan telah dijalankan dalam masa 1 hari sahaja. Kejohanan ini disertai oleh 12 regu iaitu 3 regu lelaki dari rumah merah, 2 regu lelaki dari rumah biru, 2 regu lelaki dari rumah hijau, 2 regu lelaki dari rumah kuning, 1 regu perempuan rumah merah, 1 regu perempuan rumah biru dan 1 regu perempuan rumah kuning. Bagi acara lelaki, telah dimenangi oleh regu dari rumah biru (Armizam dan Azdri), manakala bagi acara perempuan, telah dimenangi oleh regu dari rumah merah (Aida dan D'faara).

.................................................................................

12 September 2008

Sabda Rasulullah S.A.W

Rasullulah s.a.w bersabda :
“Barangsiapa dari umatku membaca selawat ke atasku satu kali Allah menetapkan untuknya sepuluh kebaikan, menghapuskan daripadanya sepuluh keburukan, mengangkat untuknya sepuluh darjat”.
( Sahih.  R.Ahmad )

.................................................................................

5 Ogos 2008

Perkhemahan Asrama Jan 08/09

khemah.jpg

Program Perkhemahan Asrama bagi sesi Januari 2008/2009 ini telah diadakan pada 23 hingga 24 Februari 2008. Program ini betempat di Tapak Perkhemahan Pantai Balok. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung. Program ini telah disertai oleh pelajar-pelajar Diploma, WTTP dan juga Insep. Keseluruhan program berjalan dengan lancar. Diiringi oleh 9 orang staf termasuk Pengarah Pentadbiran dan Sumber Manusia.

.................................................................................